Saturday, July 24, 2010

When was the last time you recite the Quran???

Ingat tak korg bila kali terakhir korg baca Quran? Aku terfikir nak post blog ni bila terigt kat kisah kawan aku ni yang bercerita tadi. Dia mengaku la dia ni bekas Qariah negeri. Tapi bila tanya bile kali terakhir dia membaca, dia kata da lebih setahun. Nauzubillah..

Memang tak nafikan la, bila kita semua di alam remaja, nak2 lagi bila da dewasa and bekerjaya, banyak amalan2 baik yang kita tinggalkan. Tak payah sebut la, bukan baca Quran sahaja, solat pon tak tentu lagi. Kadang2 geleng2 kepala jugak tengok kawan2 time solat jumaat semua org gi masjid, dia dok cabut pegi ke kedai makan. Dan yang paling teruk lagi, pergi tido di surau.. Haha.. Teruk kan?

Ape2 pon berbalik kepada Quran ni.. Aku terjumpa satu website Quran yang aku rasa TERBAIK la untuk siapa2 yang takde simpan Quran or even siapa2 yang tak reti baca sebab kita boleh mainkan ngajian dari imam2 dari Mekah dan Madinah. Memang terbaik la untuk siapa2 yang kebuhsanan, daripada dengar lagu2 yang hiruk pikuk dan melalaikan, baik kita dengar ngajian Quran kan?

Memperkenalkan, QURAN EXPLORER. <- Link ke situ.. Website yang banyak membantu aku dalam memahami maksud2 al-Quran, banyak memperbetulkan bacaan aku dan lebih2 lagi memberi ketenangan bila jiwa aku ni bercelaru.. Nak2 bila balik kerja tu, lepas solat isyak, spend beberapa minit untuk baca. Paling malas pon, bukak n dengar bacaan2 surah sambil2 kita surfing internet. :) Tak susah pon.. Apa2 pon, amalan yang baik kita teruskan.. InsyaAllah diberkati..

<-- klik untuk besarkan..

1 comment: