Saturday, July 24, 2010

Vit C dan Botox..

Trend mendapatkan suntikan Vitamin C/ Collagen / Botox untuk tujuan kecantikan mula popular di negara ini kira-kira tiga tahun lalu selepas beberapa pengamal kecantikan di salun mempromosikan perkhidmatan ini yang dakwa mereka dapat menjadikan kulit lebih cerah, berseri serta melambatkan proses penuaan. Ramai antara wanita yang mengambilnya menderita apabila wajah mereka bernanah, membengkak dan mengeras hingga menyebabkan mereka tidak boleh tersenyum dan mengunyah makanan akibat menggunakan suntikan Vitamin C / Collagen / Botox pada wajah mereka.

Apa yang menjadi kebimbangan adalah keselamatan produk suntikan Vitamin C ini kerana sehingga kini, Kementerian Kesihatan belum dan tidak pernah meluluskan Vitamin C dalam bentuk suntikan. Penggunaan Vitamin C yang berterusan dan terus ke dalam sistem darah boleh menyebabkan risiko kerosakan buah pinggang <--- ko nak??

Botox pula merupakan sejenis bacteria iaitu colostridium botolinium yang digunakan untuk rawatan kekejangan otot di sekeliling mata, mata juling, kepala teleng, kanak-kanak spastik yang kejang tangan dan kaki. Ia disuntik pada otot muka bagi mengurangkan aktiviti otot muka.

Kini ia digunakan oleh orang-orang yang tidak bertauliah sepeti di salun-salun kecantikan untuk hilangkan kedutan di kawasan dahi dan mata dengan mengurangkan aktiviti otot muka supaya garis-garis halus akan hilang. Walaubagaimanapun, jika ia tersalah suntik ia boleh menyebabkan kulit muka menjadi tidak kenyal dan muka akan kelihatan jatuh. Ia juga boleh menyerang saraf otot-otot pernafasan dan jantung yang akan mengakibatkan fungsinya jantung terhenti dalam tempoh beberapa minit atau jam jika diambil dalam dos yang berlebihan.

Bawah ni adalah salah sorang mangsa Vitamin C kat negara kita..

*cuba tgk dagu dia, tajam kan?? ahahaha*

Takde lah, awek kat atas ni ialah tunang aku. Dagu dia mmg natural mcm tu, tak payah nak suntik2 da cantik. Bertuah aku dapat dia.. Kalau dia tau aku post pic dia dalam entry botox mmg kena marah la ni.

Sori cayang, saje je bagi contoh. ^_^ Love u banyak2 sayang.. Mmuuuaaahhh! Jangan marah..

1 comment:

  1. hahaha...Lawakss..memang lawa la awekss u..huhu jeeles i

    ReplyDelete