Tuesday, May 18, 2010

Wanita India Kristian mohon jadi peguam syarie



KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang bukan beragama Islam semalam memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini dalam usaha awalnya menjadi seorang peguam syarie di Wilayah Persekutuan.

Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh membenarkan Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (perintah mahkamah tinggi) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira agamanya.

Hakim Mohd. Zawawi membuat keputusan itu dalam kamar selepas menolak bantahan awal Majlis Agama.

Victoria, 48, telah memfailkan permohonan semakan kehakiman dalam masa dua minggu. Tarikh bagi pendengaran belum ditetapkan.

-dipetik dari Sabah Forum-


Komen aku:
Ape nak jadik la dgn sistem perundangan Malaysia sekarang. Sepatutnye perundangan Civil tidak boleh dimasuk campur dengan perundangan Syariah.. Manekan patut orang bukan Islam mengadili sesuatu hukuman yang melibatkan kesalahan agama Islam? Nak ke tok kadi kita nanti orang Kristian? Hmm.. Fikir2kan lah. Ape2 pon, mesti ade hikmah disebalik untuk kita sama2 sedar dan memperbaiki diri.. Kita dah terlalu jauh..

1 comment: